Monday, June 22, 2009






Dah lama gak aku tak menjenguk blog.Ini bukan bermakna aku dah tewas dalam perjuanganku di forex,cuma masa yang tidak mengizinkan aku untuk ke sini.Semenjak kebelakangan ini sibuk dengan rutin harian dan kerja yang melambak.pening dibuatnya.Biapun begitu forex tetap forex.Trade tetap trade.hehehe...Impian mesti di capai dengan usaha yang gigih.Dalam menggapai impian perlu kepada usaha yg tak pernah kenal jemu dan putus asa.Kesabaran juga adalah faktor utama bagi menjayakan apa yang kita cita-citakan.Nampaknya takde benda yang aku nak perkatakan di sini.lagipun banyak kerja yang nak dilakukan.Cukuplah dengan beberapa patah perkataan yang dapat aku coretkan di sini.Sekurang-kurangnya ada lar juga benda yang nak di baca oleh para pengunjung ke blog ini.kat atas tu ada aku sertakan beberapa statement forex yang aku ingin kongsikan bersama.Tengok lar...jangan segan2

Thursday, June 4, 2009

RAMALAN KU UNTUK MARKET GU


Di atas adalah paparan graf yang aku gunakan untuk meramal ke mana market GU akan pergi.Aku gunakan indikator yang simple aja.Rasanya GU kuat ke arah bawah.Dan apa yang dapat diperhatikan harga sudah menghapiri S2.Kebarangkalian kalau ianya dapat melepasi S2,harga akan turun jauh lagi.Insyallah

Wednesday, June 3, 2009

STATEMENT 03/06/2009


Di atas adalah keuntungan pada hari ini pada pukul 7.30 mlm.Semua post closed dengan profit.Nampaknya aku terpaksa tutup kedai awal mlm ni sebelum kul 8 mlm kerana ada news NON FARM.Kalo nak main bleh lagi tapi rasa cuak gak.Buat kat demo aja dulu.

Wednesday, May 27, 2009

KISAH PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia
sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

         
PENGAJARAN CERITA



Dalam hidup ini IQ
yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan
tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita.
Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya,
tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi,
tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk
digunakan dan boleh digunakan?


 






 

Tuesday, May 26, 2009

Masih lagi menghijau


Sudah agak lama juga tidak ku meletakkan statement di sini.Apa yang pasti,kehijauan masih ada lagi.Alhamdulillah,syukur yang tak terhingganya kepada tuhan.Rezeki datang dari-NYA.

Friday, May 22, 2009

Cerita mengenai traders forex

Bagi traders forex,hujung minggu merupakan hari yang paling membosankan.Untuk menunggu hari isnin adalah dirasakan terlalu lama.Tak tahu nak buat apa.Mulalah merayau-rayau ke laman-laman yang sepatutnya.Ada yang membuat blog,cari bahan forex dan ada juga yang hanya berchatting sesama mereka berbincang mengenai strategi dan tips-tips yang boleh digunapakai pada minggu seterusnya.Manakala ada juga yang mengambil masa cuti 2 hari ni dengan bersiar-siar bersama keluarga.Maklumlah dah ada untung sikit dari forex.Masa ni lah nak bersama keluarga kerana dah banyak masa mengadap pc atau laptop sepanjang hari hehehe....Dan ada juga di antara mereka yang bantai tidur kerana selama seminggu asyik tidur lewat pagi.Naik bengkak biji mata.So ini lah peluang mereka untuk tidur.Anda pula bagaimana?

Wednesday, May 13, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Keuntungan 17

KEUNTUNGAN 16


Setelah sekian lama aku tidak mengupdatekan statement aku di blog tetiba di akhir2 ini aku menemukan satu sistem yang rasanya cukup complete dan memuaskan hati.Tidak ada floating yang melambak dan senang untuk keluarkan duit bila perlu.Aku rasa insyallah sistem ini yang terbaik dan aku cuba teruskan perjuanganku dengannya.

Saturday, May 9, 2009



Melihat pada graf di atas didapati pair EURUSD akan naik lagi pada hari isnin ni.Ini pada pandangan aku lar.Pada kedudukan TF Daily menunjukkan uptrend.Rasanya kuat utk EU naik lagi.Berapa jauh dia akan naik aku tak tahu.Harap-harap dia naik sekejap jer tu,lepas tu turun balik.Insyallah

Monday, May 4, 2009

Thursday, April 30, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka

KEUNTUNGAN 12

KEUNTUNGAN 11

KEUNTUNGAN 10

KEUNTUNGAN 9

Tuesday, April 28, 2009

KEUNTUNGAN 5

PELANCARAN DISCUSSION BOARD (FORUM)

Di atas permintaan tuan troyzone7 dan juga rakan-rakan yang lain maka saya telah terpanggil untuk menyiapkan discussion board bagi membincangkan segala permasalahan dan juga segala pertanyaan serta menyumbangkan segala buah fikiran serta tip-tip yg bersangkut paut mengenai forex.Anda semua boleh mengunjungi forum tersebut dengan mengklik link di bawah.Saya mengalu-alukan kehadiran anda sebagai ahli kumpulan.Sila daftar terlebih dahulu di forum tersebut:

DISCUSSIONFORUM BOARD

KEUNTUNGAN 4

BELAJAR AGAMA

Salam buat semua hamba Allah yang melihat blog ini.Syukur kita kepada tuhan yang telah memberikan kita peluang untuk bernafas pada hari ini.Oleh itu marilah kita mengambil peluang ini untuk menambahkan dan memperbaiki segala kelemahan pada diri kita dengan belajar tentang agama.

Jenis-jenis Haji

Haji Tamattu'

Yaitu memakai ihram dari mikat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarawiah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji tamattu diwajibkan membayar dam.

Haji Qiran

Memakai ihram dengan niat umrah dan haji sekaligus, sampai selesai melontar jumrah Aqabah dan diikuti dengan bercukur atau memotong rambut tanpa tahallul setelah selesai umrah. Bagi yang melaksanakan haji Qiran diwajibkan membayar dam.

Haji Ifrad

Yaitu memakai ihram dari mikat dengan niat haji saja, kemudian tetap dalam keadaan ihram sampai selesai haji (hari raya kurban). Yang melaksanakan haji ifrad tidak diharuskan membayar dam.

Umrah

Manasik Umrah

Umrah disebut Hajjul Ashghar (Haji Kecil), Kata ini berasal dari kata i`timaar (kata berimbuhan). Cara melaksanakannya; Orang yang hendak umrah melakukan ihram dari mikat, kemudian melaksanakan tawaf qudum, lalu sai dan tahallul dengan mencukur atau menggunting rambut.